Bonjour fellas ! Follow me to keep in touch

...
Home Owner Tutobies Site Follow Dashboard

owner
Hello people


" Tell me the story of how the sun loved the moon so much, he died every night to let her breathe "

Moon
Be my friend ?


    


tagboard
Interact with me here


Maaf jika tidak berbalas kunjungan.Ada masa nanti hajar balas balik :D Love yaa!

Flashback
Past is history


Credits
Big Applause

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah. 100% edited by me

☾ APPRECIATE LAH!
Saturday • 02:39 • 0 comments





Alhamdulillah hari ini aku masih mampu bernafas.

Sudah tiba masanya aku hempaskan semua yang terpendam. Eh jap, taknak lah macam formal sangat kan ? Hahaha! 

This is going to be my last semester as a foundation student in CFS UIA. To be honest I am both relief and sad at the same time. Lega sebab tamat dah belajar asasi, boleh join kawan lain yang dah sambung degree. Sedih sebab banyak kenangan best dekat cfs :'( I am will keep the memories and cerita dekat anak cucu nanti hehehe

Okey.


Bagaimana cara kau hargai seseorang? Bila waktu yang paling tepat untuk menghargai? Apa penghargaan manusia ni penting sangat ke? -- Ha jawab jawab!

Bila cerita pasal penghargaan ni, memang wa cakap sama lu semua aku memang gila penghargaan! Dulu kalau orang tak ucap terima kasih memang aku balik rumah nangis bawah katil. Penat aku tolong kau tak ucap terima kasih? "Tq" pun jadilah.

Itu dulu. Satu hari ni, aku terdengar ceramah Prof Muhaya dekat radio;

"Penghargaan manusia atau penghargaan Allah yang lebih utama?"

Aku terus buat note dekat dalam henfon kot (tapi fon dah format jadi hilang semua). Memang terkesan sangat dalam jiwa aku. Seminggu aku termenung ke luar tingkap hatta menyapu fikir pasal ayat tu. Deep k deep

Jadi, memang betul. Makin kita kejar penghargaan manusia, makin tak dapat penghargaan. Iyelah, dah kau over thinking nak orang hargai kau dengan bagi coklet 10 kotak memang taklah dapat. Aku pun kadang kadang masih lagi rasa nak menangis kalau orang yang aku sayang macam tak appreciate effort aku, tapi aku fikir balik, mungkin lain orang lain cara lagipun, aku tak hadap penghargaan manusia. Tahan. Seboleh bolehnya tahan diri kau dari terlalu mengharapkan appreciation dari manusia. Memang merana hidup kau kalau asyik nak manusia hargai setiap tindak tanduk(?) kau. Aku pernah alami.

Tapi, ini bukan bermaksud kita tak payah langsung hargai manusia lain. Jangan salahkan aku k. Kita boleh je hargai orang lain, buat mereka rasa dihargai dan disayangi. Kau pernah kan rasa bahagia bila dihargai? Ha apa kata kita pula jadi pemberi bahagia dengan menghargai instead of menerima penghargaan. 



Cubalah. Cuba untuk menghargai lebih dari dihargai. 



Sekian.


Okey siapa boleh kira berapa banyak perkataan 'harga' aku bagi penghargaan yang berharga.   
Aku makin lama makin konfius dengan perkataan "menghargai" dan "dihargai" ni.

0 Comments:

Post a Comment


|